Kursus Meister Dalaman (kursus 2 tahun / 5 hari seminggu)

Kursus Meister Dalaman (kursus 2 tahun / 5 hari seminggu)

Lihat kerja-kerja graduan. (dalam bahasa Jepun)  Lihat tuisyen secara terperinci. (dalam bahasa Jepun)

What to Study

Kami bermatlamat untuk memupuk pencipta yang mempunyai teknik dan pengetahuan mengenai dalaman dan perabot, yang mampu untuk mereka bentuk juga.

Disebabkan bahan pembinaan, teknik-teknik serta reka bentuk telah dipelbagaikan pada masa ini, bidang pembinaan sekarang memerlukan bakat yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai reka bentuk dan teknologi yang boleh berkomunikasi dengan para arkitek dan pereka bentuk serta betul-betul memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan.

Dalam bidang Interior Meister (Penguasa Dalaman), pelajar belajar hampir semua kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk kerja dalaman dari membuat perabot hingga ke bagaimana cara untuk memasang permaidani. Selama 2 tahun itu, mereka dijangkakan untuk bukan sahaja menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan tetapi juga untuk menambah daya kreativiti untuk kerja mereka. Selain itu, terdapat suatu kekuatan unik yang dimilik oleh Interior Meister; mereka bole membaca dengan tepat apa yang dihasratkan oleh pereka-pereka disebabkan mereka mempunyai satu set lengkap pengetahuan mengenai reka bentuk yang tidak terdapat pada pembina dalaman biasa.

Komited melahirkan tenaga profesional yang tidak terhad kepada kerangka pekerjaan sebaliknya dapat melakukan pelbagai jenis reka bentuk dalaman, dari perkara asas hingga ke peringkat pembinaan, sesuai dengan permintaan tinggi untuk pakar yang "serba boleh" dalam bidang pembaikan dan pengubahsuaian pada masa hadapan.

How to Learn

Fahamkan asas-asas, fikirkan secukupnya dan cuba dapatkannya.

Kurikulum kami adalah berpusatkan latihan. Pelajar belajar bagaimana untuk membuat kemudahan dalaman dan perabot dengan pengalaman sendiri serta pengajian teori, lukisan dalaman, perwarnaan dan penyelarasan dalaman.

Selepas mempelajari asas-asas reka bentuk dalaman pelajar mempelajari teknik pemprosesan melalui latihan pembinaan perabot. Melalui latihan tersebut, mereka dijangka akan menyedari pentingnya ketepatan semasa memproses bahan ketika membina kerusi sebenar. Tambahan lagi, pelajar diminta untuk membina sebuah bilik sebagai latihan kerja dalaman. Melalui langkah ini, mereka mempelajari struktur dan ciri-ciri sebuah rumah kayu serta kemudahannya.

Di samping itu, para pelajar dapat melawat tempat-tempat reka bentuk serta mempelajari penyelarasan dalaman, penggunaan warna, CAD, bagaimana menghasilkan persembahan yang dapat merakam apa yang para pereka dan arkitek inginkan secara tepat.

Kami juga mempunyai/mengadakan program-program seperti peluang untuk latihan amali, pengurusan, kerjasama antara industri dan akademia dan juga projek kerja penamatan pengajian supaya dapat membina potensi dan keindividuan setiap pelajar.

Kursus Meister Dalaman (kursus 2 tahun / 5 hari seminggu)

Interior Meisters (Pakar serba boleh)
Dalam bidang hiasan dalaman dan pembinaan, pakar yang merupakan satu elemen penting yang tidak boleh dipisahkan. pelbagai pengetahuan hiasan dalaman dan perabot diperlukan sebagai kejuruteraan serba boleh pembinaan dalaman, seperti kerja kayu dan perpaipan, penampalan "cross"dan sebagainya.

※Pakar serba boleh/Seperti yang dimaksudkan oleh namanya, mereka adalah pakar dalam pelbagai bidang. Oleh kerana bahan-bahan binaan dan undang-undang telah dipelbagaikan pada masa ini, permintaan untuk mereka sedang meningkat. Oleh kerana belum ada sistem seperti ini dalam perantisan konvesional, para graduan dari bidang Kepakaran Dalaman ICS dijangka akan mendapat permintaan yang tinggi.

Bidang kerja selepas tamat

Selepas tamat, pelajar boleh bekerja dalam pelbagai bidang sebagai Meister Interior dengan keupayaan eksekutif tinggi serta satu set lengkap reka bentuk dan pengetahuan teknik.

Sebagai penyelia tapak
Penyelia tapak menyelia dan mengarah pembinaan.
Sebagai pembina dalaman/kemudahan
Pembina dalaman/kemudahan mengendalikan kerja dalaman dan pembinaan berdasarkan cetakan biru.
Sebagai pembina kendiri
Dalam konteks ini, pembinaan kendiri bermaksud membangunkan pembinaan dari sudut pandang pembina.
Sebagai tukang kayu
Tukang kayu sebahagian besarnya membuat kerja-kerja pembinaan dan menambahbaikkan bangunan kayu.
Sebagai pembuat upholsteri perabut
Pembuat upholsteri perabut membuat perabut menggunakan kayu dan logam.
Sebagai penyambung
Penyambung membuat shoji, Pemadanan Pintu Lungsur Jepun; mereka juga diminta membuat perabut.
Sebagai penggantung kertas
Penggantung kertas melekatkan kertas pada dinding bilik.
Sebagai tukang pembaikan
Tukang pembaikan membaiki kemudahan dan perabut dalaman.
Sebagai perancang pembinaaan dalaman
Perancang pembinaan/dalaman merancang dan menyelia pembinaan dalaman dan kerja-kerja penambahbaikkan
Sebagai jurutera mekanikal bangunan
Jurutera mekanikal bangunan merancang dan menyelia pembinaan dengan pengetahuan berkaitan.
Sebagai Juruukur Bahan Pembinaan
Juruukur Bahan Pembinaan mengira perbelanjaan kos project pembinaan tertentu dengan pengetahuan berkaitan, berdasarkan cetakan biru dan spesifikasi.

Perihal Kursus terperinci

Latihan pembinaan dalaman
Pelajar diminta sediakan ruang dalam studio (petak untuk latihan pembinaan dalaman) dan buat kerja sendiri dari memasang tingkap, pintu dan lampu hingga ke melekatkan kertas dinding atau mengecat bilik. Melalui latihan ini, mereka diharapkan akan belajar kepakaran dalaman dan juga kemahiran teknikal.
Latihan membuat perabot
Pelajar diminta untuk membina pelbagai jenis perabot, daripada meja kecil dan kerusi hingga ke perabot yang disuaibina.
Teknik mengekspresi reka bentuk
Pelajar belajar bagaimana mereka bentuk pengubahsuaian, perabot, dsb dan membangunkan teknik persembahan melalui lukisan CAD, latihan mewarna dan koodinasi dalaman.
Latihan Amali
Pelajar boleh mendapatkan gambaran bekerja di syarikat yang mereka pilih beberapa kali sepanjang 4 minggu dalam semester musim bunga dalam gred dua dan mempunyai peluang untuk membuat latihan amali selama 3 minggu dalam bidang yang mereka ingin bekerja pada semester musim luruh tahun yang sama.

Pembinaan ilmu/syarahan khas
Melalui sharahan, pelajar belajar ilmu tentang pembinaan. Tambahan pula, syarahan khas diadakan lebih kurang 10 kali seminggu oleh pereka bentuk profesional dan arkitek terbilang.
Kurikulum (Isnin ~ Jumaat 9.30 ~ 17.00)

(Sila tekan butang untuk melihat carta yang lebih besar)

Kelayakan

Diploma
Apabila pelajar-pelajar siswazah, mereka menerima Diploma dari Kementerian Pelajaran.
※ICS adalah sebuah sekolah vokasional yang dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan Penguatkuasaan Undang-undang untuk pendidikan sekolah. Graduan yang dikaji selama 2 tahun atau lebih dianggap sebagai seorang graduan kolej biasa apabila memohon pekerjaan di syarikat-syarikat swasta serta pekerjaan perkhidmatan awam, menurut No.326 daripada Peraturan Pihak Berkuasa Personnel Kebangsaan di Jepun.
Lesen guru untuk sekolah-sekolah vokasional
Dengan mengambil Persatuan pelajaran untuk tuan rumah pendidikan teknikal dan kerjaya, pelajar boleh menerima lesen guru untuk sekolah-sekolah vokasional.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang arkitek berdaftar kelas kedua ※Sebuah kelayakan antarabangsa
Pelajar layak untuk mengambil peperiksaan dengan 2 tahun tangan ke latar belakang selepas mereka bergraduat.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang arkitek rumah kayu yang berdaftar ※Sebuah kelayakan antarabangsa
Pelajar berhak untuk menduduki peperiksaan dengan 2 tahun latarbelakang-amali selepas mereka menamatkan pengajian.
Kelayakan menduduki peperiksaan untuk menjadi jurutera pengendalian bangunan dan pengurusan kelas pertama ※Sebuah kelayakan kebangsaan
Pelajar berhak untuk menduduki peperiksaan dengan 5 tahun latarbelakang-amali (termasuk 1 tahun memainkan peranan sebagai pengarah) selepas mereka menamatkan pengajian.
Kelayakan menduduki peperiksaan untuk menjadi jurutera operasi bangunan dan pengurusan kelas kedua ※Sebuah kelayakan kebangsaan
Pelajar berhak untuk mengambil peperiksaan bertulis dengan andaian yang wajar untuk menamatkan pengajian mereka. Mereka yang lulus ujian bertulis layak untuk mengambil peperiksaan praktikal dengan 2 latarbelakang-amali selepas mereka menamatkan pengajian.
※Terdapat peperiksaan bebas bagi setiap satu daripada tiga jenis kelayakan dalam jurutera operasi bangunan dan pengurusan kelas kedua : senibina, rangka, dan selesai.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi penasihat DIY
Pelajar layak untuk mengambil peperiksaan pada tahun-tahun sekolah mereka.
※Mereka yang mempelajari pengkhususan Meister Dalaman dikecualikan daripada ujian prestasi.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang jurutera kemudahan komersial
Pelajar yang lebih tua daripada 20 boleh mengambil peperiksaan pada tahun-tahun sekolah mereka. Apabila mereka lulus, mereka berhak untuk mengambil ujian prestasi selepas mencapai 1 tahun pengalaman.
Sijil Penamatan Kemahiran Operasi Asas Vectorworks (CAD)
Pelajar layak untuk mengambil peperiksaan secara percuma dalam tempoh persekolahan mereka.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi perancang bahagian dalaman
Pelajar yang lebih tua daripada 20 boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka. Apabila mereka lulus, mereka boleh mengambil ujian prestasi dengan mencapai 2 tahun pengalaman.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi penyelaras bahagian dalaman
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi penyelaras persekitaran perumahan
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang pakar dapur
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang perunding pencahayaan
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
Kelayakan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi penyelaras warna
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
Kelayakan untuk menduduki peperiksaan untuk menjadi seorang perancang gaya hidup
Pelajar boleh mengambil ujian pada tahun sekolah mereka tanpa apa-apa keperluan.
  • Laman web telefon pintar ICS