[4] ICS memungkinkan pelajar untuk:【Melalui projek kerjasama industri-akademi】

[4] ICS memungkinkan pelajar untuk:【Melalui projek kerjasama industri-akademi】

Melalui projek kerjasama industri-akademi

Kami amat berbangga dengan projek industri-akademi kami, yang mana pelajar akan dapat belajar reka bentuk dalaman dengan tema yang telah dikomersialkan oleh syarikat-syarikat.

Pelajar boleh memiliki suatu dorongan positif melalui kompetitif desain, latihan, dan proyek-proyek seni untuk kelulusan mereka.

Selain itu, terdapat banyak acara yang menghubungkan mereka dengan masyarakat seperti menghadiri pameran diluar sekolah, memohon pertandingan terbuka atau peluang latihan.

project01 STARBUCKS Inspired by STARBUCKS Store Ikejiri 2-chome

Projek kerjasama industri-universiti dengan STARBUCKS Coffee Japan, Ltd yang bermula dari tahun 2009.
"Inspired by STARBUCKS Store Ikejiri 2-chome" telah dibuka pada tahun 2014. Kafe ini merupakan kafe ketiga yang mempunyai gaya bru yang menyediakan ruang kafe untuk relaksasi yang membolehkan pelanggan menyelami persekitaran berhampiran dan suasana kehidupan seharian di kawasan perumahan, yang sehingga kini tiada kafe yang dibuka secara agresif oleh syarikat STARBUCKS.

Dengan bertemakan reka bentuk "Urban Bohemian", unsur-unsur yang bercanggah seperti kecanggihan dan kasual, suasana yang kaya dengan unsur kawasan tempatan dan neutral tanpa unsur mana-mana negara menjadikannya suatu ruangan yang unik. Malah, kebanyakan perabot dalam kafe merupakan perabot yang diperbuat semula menggunakan perabot yang digunakan di kafe STARBUCKS.
Malah, kafe ini juga memaparkan komitmen kepada kopi dengan hiasan karya seni gabungan fabrik pelbagai corak di atas dinding yang mengutamakan warna putih dan bertemakan kawasan pengeluaran kopi, di samping pameran objek yang dibuat dengan menggunakan bahagian-bahagian mesin expresso yang telah dirungkaikan.

ICS telah menghasilkan perabot yang diperbuat semula dan juga karya seni melalui perancangan oleh syarikat STARBUCKS. Pada bulan Mac 2014, kerja-kerja pembinaan telah berakhir, dan projek selama lebih kurang 1 bulan telah berakhir.

project02 IDC OTSUKA KAGU IDC OTSUKA KAGU Shinjuku showroom

Tema projek kerjasama industri-universiti dengan Otsuka Kagu, Ltd, syarikat jualan perabot dalaman yang bermula pada tahun 2014 adalah "Ouchi Kafe" dan "Hitori Gurashi-no Heya"
Sebagai kemuncak kepada kelas "Latihan Gaya" Kursus Hiasan Dalaman, pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang masing-masing mempunyai 2 hingga 3 ahli kumpulan. Dengan berpandukan kepada tema yang diberikan, perancangan dan penghasilan paparan bilik pameran Shinjuku IDC OTSUKA KAGU yang berupaya untuk menarik pelanggan baru telah dilakukan dengan tumpuan diberikan kepada konsep perniagaan OTSUKA KAGU Ltd, sasaran pelanggan dan kajian persekitaran.

Penghasilan tema bermula dari pertengahan bulan April dan kakitangan OTSUKA KAGU Ltd telah dijemput pada akhir bulan Mei untuk mengadakan perbentangan hasil kerja setiap kumpulan dan sesi ulasan.

Di antara mereka, 3 hasil kerja ("Ouchi Kafe": 2 karya, "Ohitori Gurashi-no Heya": 1 karya) telah dipilih dan telah mendapat peluang untuk pameran di bilik pameran Shinjuku IDC OTSUKA KAGU.
Pada bulan Jun, mesyuarat terperinci dengan kakitangan OTSUKA KAGU Ltd telah diadakan, dan pada bulan Ogos, pelajar telah menghasilkan paparan di bilik pameran yang sebenar.

  • Laman web telefon pintar ICS