Pesanan daripada Presiden

Presiden

Goto Katsuhiko (後藤 克彦)

Yayasan Pendidikan Kankyo Zokei Gakuen Kolej Sastera ICS , yang tidak melepaskan usaha untuk memupuk bakat menyumbang kepada masyarakat sebagai pemimpin pendidikan reka bentuk dalaman di Jepun kini menghadapi ulang tahun ke-50 nya pada bulan Mei 2013.

<Menyediakan pendidikan yang selari dengan arus masa>

Kini, masyarakat beralih pandangan daripada "kuantiti" kepada "kualiti." Menurut perubahan ini, bidang pembinaan juga meletakkan lebih penekanan kepada idea mewujudkan ruang tamu yang nyaman dan selesa, melepaskan diri daripada binaan besar-besaran. Akibatnya, daripada melakukan cara tradisional dan kaedah pembinaan pembaharuan dan pengubahsuaian berada dalam perhatian kerana manfaat ekonomi dan alam sekitar, yang memperbesarkan kepentingan reka bentuk dalaman.
Tambahan lagi, rekaan dalaman amat penting bagi rekaan universal untuk persediaan bagi masyarakat berumur kelak.
Di samping itu, ia turut memainkan peranan penting dalam rekaan stor dan produk (perabot, pencahayaan, fabrik, dll.), yang memenuhi kehendak ramai orang dan membekalkan rangsangan kepada ekonomi.

<Membantu memupuk pandangan yang kosmopolitan>

Sejak ditubuhkan, pendidikan reka bentuk dalaman tersendiri ini mendapat pengiktirafan tinggi daripada institusi luar negara, malah turut mengekalkan pendidikan berasaskan "pemantapan objektif, kesaksamaan dan tahap cabaran"bertaraf antarabangsa.
Standard antarabangsa ini berkait rapat dengan kemudahan kemasukan pelajar asing, dan ini menyebabkan lebih 30% daripada pelajar semasa merupakan pelajar antarabangsa.
Kemasukan pelajar yang bukan sahaja dari benua Asia malah juga dari benua Eropah ini menyumbang kepada hasil reka bentuk yang kaya dengan unsur-unsur antarabangsa dan ini diharapkan dapat membantu graduan meneruskan kerjaya ke peringkat antarabangsa.

<Memupuk pencipta>

ICS tidak pernah berhenti meningkatkan dan mengemas kini kurikulum asal dan inovatif kami khusus dalam reka bentuk dalaman, untuk melahirkan bakat-bakat yang cemerlang yang mempunyai potensi untuk melampaui sempadan.
Lebih daripada 5,000 graduan kita yang telah membuat pencapaian yang kukuh dalam bidang yang penuh semangat menyokong pelajar ICS juga, sebahagian daripada mereka telah diundang sebagai pengajar ICS.
Kami, anggota staf ICS sedang mencuba sedaya upaya untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan penuh inspirasi untuk pelajar kami dan membimbing mereka untuk menjadi pencipta bertenaga dengan pandangan global yang boleh bekerja di persada global kelak.

  • Laman web telefon pintar ICS